18.12.12

Ucapkan sayang sebelum terlambat

Assalamualaikum...!!

Ada masa rasa cinta,sayang perlu di ucapkan supaya apa yang dirasa oleh diri sendiri dapat difahami,dirasai dan dikongsi bersama dengan orang lain.Supaya takde hati yang terluka.Tapi untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati tak lah semudah yang disangka.Dan untuk itu juga,banyak kesan kena diambil kira.Kalau takut untuk berterus terang sedia lah untuk hilang apa yang diinginkan.Dan untuk itu kita harus redha.

****shortpost***

19.7.12

Save the Date !

Assalamualaikum !

Bulan ramadhan dah dekat. Apa perasaan anda bila ramadhan dah dekat? haha :)
Sena nya bukan ade cerita best pon nak cite. Hak.. cuma tetibe boleh pulak nak search kat Youtube "save the date-malaysia". Huh memang sgt chumels rupenye bile org2 buat video klip nak tawen ni. And suddenly ade plak "save the date-tomok&ayu". Memang dah basi pun video ni tapi tulah gune Youtube kan. Untuk menonton segale male video yang lame mahu pun baru. Hoyeahh !!! ayat nak jawab soklan pekse. 

Apa yang anda rase bile menonton video tersebut? haha. 

Seriusly memang macam video biase je pun tapi yang paling sangat suwit dan chumil, ayat-ayat yang Tomok cakap. Tak kire lah tu script director punye ke or wateva la kan tapi memang sangat 'scartch' sikit lah hati ni. 

"Tomok: tuhan menjadikan kita berbeza-beza tapi tuhan jadikan cinta supaya kita bersatu. Wanita jangan dibilang dia cantik, tapi bilanglah ia dengan sangat cantik. wanita dijadikan atas nama cinta, kalau kita cari pasti jumpa. tapi jumpa yang macam mana, kita yang buat pilihan.."

Jodoh tu memang ada dan kita akan jumpa tapi jumpa yang macam mana terpulang pada kita =)


13.6.12

Jalan dengan yakin...so ?

Kadang-kadang ada hari yang menampakkan kebodohan, kesugulan, kepenatan atau apa pun tapi pun yang jadi hidup kena juga jalan terus. Tak salah pun kalau dengan yakin nya, dongak kan kepala, bidang kan dada luruskan kaki dan sedia jalan ke depan. Insyallah.. sampai juga kita destinasi yang nak dituju.

Sekian.


6.6.12

Sexy Body !

Kalori kalori kalori. Macam tak berat nak fikir kan tapi tu lah masalahnya kalau dah terlebih ambil kalori. Akibatnya? Berat badan yg meningkat selari dengan peningkatan kalori. Urgh..ayat skema mcm nak jawab soalan periksa pertengahan tahun. 

Bila timbang berat badan rasa nak pengsan but then lepas da kire BMI( BODY MASS INDEX) lagi la nak pengsan ! Ahh jangan nak letak tanda seru kalau aku yg sebab kan BMI diri sendiri takat nyawa2 ikan je. Tau kan BMI tu hape. Ala macam markah peperiksaan pertengahan tahun la. Berat dengan tinggi sesuai ke x. Kalau berat tak sesuai dgn ketinggian, tu yg jadi masalah. Memang amat masalah. Yewww macam gagal dalam periksa then dapat pulak warna merah dalam repot kad. Lepas tu kene Puii dgn rakan2 terchenta. Hah ! sangat penting kan BMI.Cuba lah kire BMI sendiri untuk masa terkini okeh. BMI sebulan lepas tak dikire. Haha ! 


Okeh tu bab BMI tapi bila bab kalori memang aku fail la. seriusly tak tau langsung nak kira kalori. Ouh sena nye saja buat2 tak tau sebab kalau tau kire kalori memang tak nak makan pape kot ! Memberontak betol la. Kenapa ntah nak ada benda alah ni. Argh ! Tensen dgn KALORI !! 



Nak try test x kire kalori korang? (dah try test plak**typicalmalay)


Mungkin terlalu banyak penggunaan tanda seru di sini. Tanda protes diri sendri ! Ahh tidak ! Tanda amaran seru lagi !

Boleh tak nak reset kan berat?Pehlishh !

2.6.12

Kelas corot



 Teringin tak nak berhentikan masa then kita pilih kita nak patah balik masa dulu. Kalaulah ada peri-peri masa yang pakai sayap putih tu dah lama aku mintak dia balik kan aku pada masa aku kecik dulu. Masa sekolah rendah la best. Tak2...aku rasa masa sekolah tadika lagi best kot. Haaa tade masalah pun aku nak fikir. Yang aku tau kene g tadika Kemas.Pagi2 nenek amah den hantar kan g tadika ngan kain batik beliau tu lepas tu baca2 2,3 huruf dapat makan. Cikgu Tadika bagi makan bihun goreng dgn air ape ntah. Aku pun tak hengat da. Tapi yang aku tahu lepas makan masa main pulak. Masa ni la paling best. Perot dah kenyang apa lagi buat2 sakit perot plak. Tak sampai beberapa jam nenek amah den tolong jemput kan sebab cikgu mintak datang bawak balik. Hahhh pandai lah nak otar cikgu tu. Mungkin sebab tu lah aku dapat badi sekarang bila budak pulak kencing/tipu aku. 

Tapi kenapa lah aku selalu dapat nombor dari belakang je dulu dalam kelas. Mungkin aku tak dapat SUSU 1 MALAYSIA  macam budak2 sekarang ni. HAHHH tak yah nak large sangat tulisan tu macam tak puas hati plak. Aatau pun aku dulu tak dapat VITAMIN 1 MALAYSIA jugak. HAAAHHH!!! toksah capslock lagi! Tolonglah terima fakta, budak zaman sekarang semakin sihat dan bijak dari aku dulu. Alah kalau aku dulu dapat susu,vitamin bagai mesti aku pandai (ayat kesian bela diri sendiri)

Tapi takpelah. Kalau aku pandai sangat susahlah mak ayah aku. Kena bazir tiket nak g overC je. Sebab nak lawat aku belajar kat U luar negara la. Whahah!!! (ayat bela diri lagi)



Kalau tak dapat over C pun takpela, dapat jugak jadi cikgu. Nasib jadi orang jugak aku ni. Kalau tak mungkinkah aku akan terkapar-kapar di tengah2 orang yg pandai2 tu?atau aku akan asyik dibuai mimpi nak kawin dengan anak raja.

'Raja' takdapek nak nolong eah, RAJAGOPAL ade la. Tukang kebung sekolah aku.Ko hader?




bukti aku dapat nombor paling hujung time sekolah dulu tapi dapat jugak aku pakai topi jurai2 tu akhirnya. Arghhh!!! Sangat kagum dengan diri sendiri sampai nak letak tanda seru 3 kali.

Mari berkenalan dengan nek amah den !

rare kan nekamah den.siap pomot potato crisps lagi.

 

13.3.12

Kemaafan hari raya.Apa maksudnya?

MAAF. 

4 huruf tapi makna perkataan tu betul2 mendalam kalau kita ikhlas. Tapi mungkin zaman yang makin moden, zaman tekno, so perkataan maaf tu skg dah terbahagi pada banyak jenis ye murid-murid. *** seriously merepek. Mana sekolah, mana cikgu ajar maaf hari raya lain, maaf deepavalli lain. Tolong jadi rasional sikit boleh.

Bila orang minta maaf dengan kita, dengan ikhlas, apa yg org tu harapkan adalah kemaafan dan mula kan semula buku baru. Tapi apa dah jadi pada org zaman sekarang yg hanya beranggapan maaf tu hanyalah satu dialog yg hilang di bawak angin. Ohh mungkin saya belum cukup dewasa untuk faham JENIS MAAF AWAK TU.

Dan, tambah2 lagi bila hari raya. OHSEMM betul bila ada orang yang tak faham makna salam hari raya plak. WTF!!!! Takkan dah moden sangat sampai tak tahu makna hari raya adalah untuk kemaafan? Bagi kami, MAAF hari raya adalah sangat bermakna dan betul2 ikhlas bila lafazkan perkataan maaf dan berharap salah silap yg dulu dimaafkan. Tapi kenapa adanya sesetengah umat yang sudah tak faham makna MAAF HARI RAYA.

Mungkin sebab sy ni dari keluarga kuno yg hari2 dengar lagu raya je. Sebab tu saya tahu makna hari raya dari lagu.

“selamat hari raya,maaf zahir batin di pinta”

Weeiiii!!!!!bukak MATE LUAS2,LEBAQ2. Awk faham ke idok makna lirik kat atas tu?




27.2.12

Siapa...? Pilot atauTeacher


Pilihan …

Dalam hidup ada banyak pilihan yang wajib dibuat. Kiri atau kanan. Depan atau belakang. Its all depends on our decision. But somehow it is not easy to make up our mind and said clearly “YESS THATs WHAT I WANT !!!” Tak semua perkara yang boleh dipilih sesenang itu. Bila melibatkan kehidupan kat situlah perlunya ke-seriusan yang melampau utk membuat keputusan. Sama ada nak kerja jadi cikgu ke pilot? Ohhh sangat jauh perbezaan nya di situ. Tapi apa boleh buat. Semuanya atas diri sendiri. Kalau teruskan untuk kerja sebagai juruterbang, boleh ke aku menjamin keselamatan semua penumpang dalam itu. Kalau jadi cikgu pulak, adakah mampu aku untuk berlaku adil pada semua anak murid nanti. Ahhh apa semua kemerepekan ni. Apa yang aku mahu sebenarnya?? 

** Its all about “what should I do now??”… bukan nya “why me…”