23.8.11

Saya Perantau nak balik raya AJE!!! tolonglah faham !!!

Assalamualaikum !!!!

Dengan ini saya memaklumkan bahawa Mood raya sudah sampai. Ceett skema betul ayat. Sekali lagi aku menggunakan perkataan dengan, Dengan diiringi lagu raya , (siap kan) saya sangatlah bersemangat untuk menekan kotak2 hitam ni lagi. Yebedabeduuu !!!! lagi berapa hari nak raya dah ni. Kahkahkah !!!! sangat seronok - due ronok. Korang suka raya sebab apa? Tapi haku lagi suka makan. Hahah sangat banyak makanan. Yesss !!! lomang paneh nenek den. Opkos okeh… Nek amah akan buat lomang tiap2 ghayo. Never ever miss. Tapi yang meleleh air liur nye adalah kaum2 nek amah la. Termasuk lah aku okeh. Yolah kono korah tenaga kan. Ghase siap nak buka puasa dah di hari2 terakhir2 akuh tuh. Huh penangan nak raya punya pasal kan. Bila dah buka siap dengar takbir ghaya sangat lah syahdu sebab nya selalu aku fikir arwah Tok Tapa den ni mesti da OTW nak balik tempat dia kan. Paham2 sudaa.

So pada perantau2 tu ehem2… yang macam aku. Bila nak balik tu bawaklah kenderaan bek2 yo. Tak kira la kereta kebal ke, kereta biasa ke tak pun VAVI macam haku kan. Tapi baby VAVI tinggal sini okeh tahun ni. Kerananya saya balik menumpang rakan saya. Yeah !!! tapi aku ghisau ni. Adakah bonet beliau muat untuk barang2 kami. Yela anak2 perantau bajet bawa banyak barang kan. Aku tak moh jadi cenggini !!!











@@@ Haaa korang tengok… kesempitan aku tengok kehidupan mereka ni. Adakah kami akan jadi seperti ini nanti? Yeahh sama2 kita nantikan. Tapi aku ape ade hal. Yang ponting eah den nak balik !!!! @@




Tapi yang memandu pulak korang dah fikir ke nak jadi pemandu yang macam mana? Ahaa adakah seperti di bawah ini? Sila pilih jawapan yang tepat kay anak-anak murid. Jawapan yang banyak dan meragukan tidak di galakkan.


@@ kay yang macam ni saya tak galakkan jugak. Nanti anda stress terus menjadi pemandu seperti di bawah sana ye :











@@ Haa tengok. Da siap kuar kan pistol. Aku sangat takut okeh. kalau ada drivers yang macam ni. Sumpah aku akan pecut laju dari ko. Pendek umur aku. kONPEMM!!!


Tak pun korang nak jadi drivers yang duk sumpah seranah orang aje? Sekali kuar penumbuk wess kat drivers len. Macam ni ha.










Never3 !!!! nope!!! Jangan buat macam tuh. ASTAGA!!!! Haahaha tak boleh belah okeh. Siap 1 badan nak kuar ke bai? Ke korang jem sebab asek kene potong kat kereta lain je? Hiyeeww!!! Don’t so be too na├»ve ok. Bukan dia potong kita, kita tak dapat duit 1 juta pon. Lek2 suda la derr. Dah orang tu kereta dia lagi besar CC. Dia of koz la nak try kereta mahal kan. So whats the point kita nak marah2 ni? Buat kurang pahala puasa aja. Buat hilang mood raya je.


Lebih baik jadi macam ni. Ahaaa aman damai hidup ko kan.



Barulah ada awek yang cakap cenggini 


" Stylo dowh mamat tuh !!! "


Tak ke haru ke hidup ko kan bai. haha


TAPI



pada wanita2 yang memandu, silalah menjaga keayuan anda semasa memandu okeh. Tak manis langsung kalau kita buat mana2 perkara di atas. Jatuh woo saham guee. Kalau kene hon pun buat muka ayu aje. Cair dowhh mamat belakang tu. wawawess !!! silap2 dia konvoi sekali ngan ko. Ahaaa siapp !!! Hover okehh !!!

 BUT !!!! please bare in ur mind. Bawa kenderaan anda pada kelajuan yang sepatutnya. Tak laju sangat mahupun perlahan sangat. Dua2 tu pun membahayakan. 


So yang mana 1 pilihan anda? Buatlah pilihan yang tepat kerana orang tersayang menanti kepulangan anda. Cett ada ghupe macam iklan keselamatan jalanraya kan. Wakakak !!!

*** daaa **

Selamat hari raya !!! hahaha IN ADVANCE !!!

21.8.11

Gelanggang sudah Di Buka


Assalamualaikum !!!!

Ahaaaiii !!!!! maun Hari Raya sudeee. Kaum2 wanita sebulan ni memang penat lah. Mane tak nye, tiap2 ari duk bertarung di gelanggang . Yeahh gelanggang shoping complex. Hiyewww bila tengok kaum2 wanita ber’shoping’ aku jadi takot. Yess aku memanglah perempuan tapi aku belum lagi sampai nafsu nak membeli belah mcm kaum2 wanita. Sbb saya adalah wanita. Ohooooo !!!! sang suami pun takut nengok gelagat bini masing2. Huishh !!! Gerun wooo. Aku nengok sang suami semua duk ke tepi ni. Bagi laluan la kat bini masing2 bertarung dalam gelanggang. Silap2 ada jugak suami yg belajar taekwando. Yelah...nak nlong bini bergusti rebutkan jualan murah. hahaha !!! Tak boleh belahhh !!!

So sangat la tipu bile haku tak pegi berjalan2 menghabiskan duit. Yesss !!!! habis kan duit sangat syok wooo. Sebab bila hujung bulan boleh makan maggi. Hiyewww !!!! masyukkk !!!!

So wiken hari tuh sangat la best bila tiap2 hari duk keluar dan megukur panjang jalan kat Perak ni. Huh letih wooo. Beso jugak Perak ni kan. Yeee duk kira panjang jalan sekali dengan menghabiskan duit. Sangat syok sampai tak hengat penat. “ko da balik baru nak lenguh2 kaki kan “ hiyeeewww !!!! nak2 esok pulak hari Isnin kan ahaa ….lagi dasat la. Siap rasa nak demam bagai. Memang alasan secara terang-terangan dan HOVER . Ape pn sangat la best bila bebrbuka puasa dengan di jamu oleh Kak Ida = kawan dak rumah saya ( Syazwani Jasny ). Hahah rockers dowh akak ni. Sangat sempoi mempoi. Thumb up la.

Tapi yang x best nye bila aku xdapat meng’snap’ banyak gambar Cuma ada sikit2 haje. Cuma nak menyatakan yang walaupun berhujan berpetir aku tetap nak berjalan.
Hahah !!! Tapi sangat berterima kasih pada Cik Wani dan jugak Puan Fareha. Yeah kerana menemani saya berjalan2. hooo---ooohh !!!!

Yeah !!! telefon En suami gamok nye. Beliau lupa beliau da berkhawen okehh !!! Boleehh ???

Nengok !!!! Tegar betul kaum perempuan. Hujan2 pun tegar kan !!!! seyes kedai pun xbukak lagi nih

**** daaaaa ***

16.8.11

Perjalanan Selatan

Assalamualaikum !!!!


Last wiken aku pun pulang lah dengan hati yg sgt gumbira. Ehe bajet nak balik raya keh? Never3. Belum lg. just balik tuk bebrbuka with my family and sekaligus membelanja kan duit sebaik mungkin. Ho yeaahh!!! Duk balik numpang kawan saya yg nak balik Melaka. Baik kan hati beliau menumpangkan kami. Ada lagi sorang insan. Kampong kat Melaka jugek. So boleh lah menjimatkan lemak dari terbakar dengan banyak apabila naik tren. Yess aku xpayah nak turun naik tangga. See!! sangat menjimatkan lemak bukan? Ape pun sangat lah terhibur hati bila da dapat balik kampong. Memang ternyata obvious oke muka aku yg sgt ceria. Beberapa insan yg sangat baik hati menegur keceriaan air muka haku. Hoolaa !!! balik kampong memang heaven okehh !!!

So sempat jugak aku meng-snap gambar untuk pulang ke kampong halaman.  ** cett podaahh !!! xlah kampong sangat *** bedal jee laa!!!

journey to selatan !!!
** tp yg lg sorang tak sempat nak snap daa...sory kehh :)

daaaa !!!

6.8.11

Dosa Isteri Curang ke Lelaki tak Amik Tahu

Assalamualaikum !!!!

Aku pelik betul zaman sekarang ni. Macam2 benda kejadian yang dah terbalik. Ni ha cerita baru bila perempuan belasah lelaki. Wat de hal !!! peliks2. Tapi betul ke tak tu haku pun tak tau la. Konon nya si isteri ni curang lah and after di Tanya sang suami si isteri mengamuk lalu meng-WWF la si laki ni. And apakah sangat perkasa si isteri dan mengapakah sang suami tidak menunjukkan keperkasaan beliau? Huh peeliks lagi di situ. Ganas woo bini lu baii. Haa sini berita nya. Berita Hari Ini.

*** Nak nasi tambah lg boley? Betul ke citer KFCM datim ngn bunga Dahlia tu sampai Singapore? Eheee Wat de hal ?? Bukan dia ke?










okeh mari kite cuba close-up lagih









 adakah benar ini semua? Oho aku pon tak tahu la kebenarannya. Just wait and see la =)


*** daaa ***

5.8.11

Kembar Upin dan Ipin di Tapah?

Assalamualaikum !!!

Fuhh !!! hengat kat TB je ada Upin dan Ipin. Hengat Tapah aku takdak ka? Tapi ni versi len la. Versi OA la. Wahaha !!! tapi yang paling kelaka bila aku nengok gelagat dieorang.

Taiko kah ??

 Yang budak ada rambut tu ala2 ada sifat bertanggungjawab la. Wehh siap pegang okeh budak si botak ni. Fine !!! dia macam taiko sangat ke nak protect budak butak tu?? Tapi tang tu lah yang kelaka nya. Haha dieorang memang best friend gamaknya. Nak g toilet siap berpeluk2 okeh. Sila jangan nak fikir di luar batasan okeh. Bulan pose nih. Sila jernihkan pemikiran anda. Dieorang idoklah ala2 ke-gay-an hitu tapi kawan2 la derr.

Kalau dalam kelas tuh memang nak duk sebelah2 la kan. Adhoii !!! paling comel ke? Ahh layan kan aje. Dah tu je stok yg hado. Asal boleh je lah. Penghibur luka lara den. Tapi yang si botak ni agak shy2 cat la. Kalau aku nanye petai ada ke idok yang duk menjawab budak yg ada rambut ni. Mula la kan aku pun nak tunjuk taiko aku pulak


 “kamu ni bisu ke ? tak pun lupa bawak mulut g sekolah ari ni?


 huh aku pun kuarlah ayat macam bagus kan. Tapi memang funny la dieorang ni. Sweet je aku tengok. Pendek pun macam kartun Upin Ipin tuh. Wahah !!! mereka sudah year 4 kot. Seharusnya sudah sama tinggi ngan aku kan. Tapi tu  lah dia, terbantut gamaknya macam cikgu eah.

so sekian ajer lah.
*** daaa ***

Ally Iskandar punya hal pulok

Assalamualaikum !!!

Omai2 belum habis citer pasal Khairul Fahmi sudah muncul pulok citer abe Ally Iskandar ni. Alah abe yang selalu kat Tb 3 tu la. Kat MHI tuh. Ehe lepas satu2. Nak tahu ape citer nye? Hah maghi kasi TEKAN SINI sat. Well sena nya citer ni da jadi 5 hari lepas but then biasalah aku akan lambat sikit dari orang kan tapi nak jugek hap-date kan. FINE bukan gossip time  okeh !!

Sekian
**daaa **

1.8.11

Super Duper Over

Assalamualaikum’s !!!!

Okeh rase nya 1 Malaysia dah tahu pasal cerita putus tunang Incik Apex Fahmi dengan tunang beliau si Elia tu. Nak tahu ceghita nye ke? Ha sini kasi tekan okeh. Bukan Fahmi sy. But ni dari surat khabor bukannya sesaje nak menggosip di bulan ramadhan ni ha. And yes ramai yang sedih and tak berapa nak suka apa yang jadi. But then kita sebagai orang luar tak boleh nak buat any judgement. Sebab apa yang jadi hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu okeh. So tok sah nak tambah kan dosa yang memang dah banyak dengan bawak macam2 cerita yang bukan2. and hope la incik fahmi aku plak silalah buat lah perangai senonoh sikit. Huh !!!



Pahni tak mo la duk canang citer haku kat orang. Satu, bajet orang nak tau pasal kesah centa haku kan. Dua, nak elakkan benda yg tidak baik jadi. So ape salahnya aku simpan je cerita tu untuk aku sorang je dan juga beliau. And if la aku nak ceghita kat anak cucu, kaum kerabat aku bek aku wat diary terus. Ahaa sangat kreatip bukan. Idok ler orang nak nyampah meluat duk bace alkesah haku. Hubby aku lah bagai. Biarlah seantero tahu aku dia punya dan beliau milik haku tapi janganlah seantero tahu cerita rumah tangga kami. Macam mane dia romantik kat aku macam mana aku plak tunjuk syg kat dia harus kah aku nak canang kat orang. Mungkin ada orang yang suka sebar2 kan tapi aku, biarlah orang tak tahu apa yang dia sanggup buat tuk aku sama jugak macam aku. Rasa nya itu rahsia kami dan itu pong cara nak latih mulut aku dan tangan supaya boleh jaga rahsia rumah papan sendiri nanti. Hanya simpan dalam dada wat gelak sorang2 sudah. 

Sekian,
Yang benar,
misspencolor..

huhh...hahaha !!!!
*** daaa ***