20.3.11

Hari Graduasi Kami

Assalamualaikum !!!!

Tahniah rakan2 yang telah bergelar graduan PISMP.  Ini termasuklah tahniah kepada diri sendiri okeh. Hahah adakah anda sangat nak berlagak anda mempunyai segulung ijazah? Eh salah daa bukan segulung tapi it is more to se-buku kot. Der jangan nak riak diri sangat. Elo2 memang la ada ijazah tapi kita pun kena ingat. Setinggi mana pun kita ada pengiktirafan tapi tak ada guna kalau kita tak boleh nak aplikasikan apa benda kejadah yang kita dah belajar. Ahaaa jangan nak pandang org tu kelas kedua atas ke rendah semua sama je. Lalalla tu ayat ikhlas nak kasi back-up diri sendiri daaaa. Hahahah !!!!!

Okeh mari kita bercerita tentang kejadian indah yang telah terjadi pada minggu itu ye. Yeahh !!!! hari Selasa dah mula aku sangat excited berjumpa dengan kawan2 kan. Aku rasa sampai tudung aku pun da senget benget da. Yelah mana taknya, bercakap tanpa henti. Adoii aku pon letih dengan diri aku sendiri.  Jumpa rakan2 yg baru balik dari overC. Ahaaaa overC mane tuh? Hahahah !!!! hanya mereka dan aku je yg tau. Jangan la salah faham. Mereka cuma di seberang sana je. Luar semenanjung. Wakakaka bukanlah overC sangat. Tapi gua tabik spring la dengan mereka2 yang tabah hati g sana.Yg pergi tu pun semua nya hero2 belaka okeh. Caya la sama lu broder2. Kasi kumpul duit banyak2 nanti leh kawin cepat2 ye korang2. Ahaaa duit2 gak tapi jangan la korang pun ngajar sambil lewa okeh. YEEE SILA AMBIL PERHATIAN SEKALI YE WAHAI tuan punya belog. Eeeheeee~~~~

Continue…

Hari bersejarah aku hari Khamis. Aku sidang ke-3. Yeaaa aku tau anda semua xnak tahu pun tapi ade aku nak kesah. Aku nak g tau jugak. Hahah sidang ketiga semua nya dak2 yg amik kos matematik rendah. Miahahaa !!!! sangatlah ramai org.  Adoiii fening pale aku tengok orang yg sangat ramai di tempat yg sangat padat pada aku. Sempit. Huhhh !!!!!  tapi ape ada hal. Yang penting aku nak catwalk 1 dewan ari ni ha. 1 Malaysia nak tengok aku. Whahahahhahaha !!!!! citer dongeng semata betul aku ni. So da siap amik itu skrol ape lagi, sesi bergambar daaa. Ahaaa walaupun di pg hari tersebut sy kehilangan kamera-man sy tp nasib baik beliau memunculkan diri lepas je aku habis upacara dalam dewan tuh. Nasib aku bawak camera aku sendiri. Eheee dapat lah nak bergambar gedix gak pg tuh.

So ape pun thx pada mereka2 yg dah membantu aku selama tempoh aku belajar tu. 5 setengah tahun. Fuhhh kalau ade anak da g tadika da. Haaa lama tak lama kan. Apa yang salah silap jangan lah simpan dalam hati ye. Luahkan. Ce-cite kat aku. Mane tau aku leh mintak maaf kat korang. Ada aku hutang bg tau la. Almaklum la aku pelupa sikit tang hutang2 ni. Hahahahah !!!!!! gurau2 je. Haaa lupa nak habaq. Ari tuh ceq dapat bunga spesel dari jauh wooo. Bukan nya kat tempat org jual bunga kat PICC tuh tapi baru turun dari Cameron woooo. Eheee aku tak tau mau cakap ape dengan itu orang hanya mampu cakap thx 4 your bunga and 4 your big present. And thx 4 coming for my convo day. Jauh kot perjalanan beliau. Hahaha kalau lah aku tak sanggup la aku baaiiii. Heeeehuuuu….

So mari kita tengok pics pulak derr….






16.3.11

Review Kartun: Kampung Boy versi Malay


Assalamualaikum !!!

Masa kecik2 dulu korang mesti layan kartun kan. Ehee sampai da besar panjang ni pun ada yang still layan x? Ececece jangan nak malu2 ngaku je la. Ada lagi yg minat tengok oltromen x? Hahah. Aku tak gelak kan minat korang la bai cuma kagum sikit lah. Okay la tu bai tengok oltromen kan. Tapi aku sampai sekarang minat tengok kartun Kampung Boy. Pernah tengok tak rakan2? Yessa aku yakin korang pernah tengok dan ada gak yang layan baca komik dia kan. Ala yang Lat punya karya la. *** Ehee ayat aku sejak kebelakangan ni memang ala2 Dewan Bahasa dan Pustaka sikit ***. Aku bab membaca ni memang surrender awai2 na. Sebab tu la belajar pun dapat kelas rendah. Hooohh ngek sangat kah aku ni? Okeh mungkin beremosi sikit di situ abaikan saja ye readers. Ada kah readers nye? Wahahah perasaan siap !!!!!

Haa mari sambung ceghite pasal Kampung Boy ni. Aku layan gak tengok kartun ni sampai la aku besar tua kerepot ni ha sebab jalan cerita die. Yelah dulu masa kecik celah mana aku nak tau jalan ceritakan. Masa kecik2 aku suka tengok Mat tu. Hahah kelaka sikit la muka dia. Tapi hensem wooo. But then after aku dah mencecah zaman tua dan matang sikit ni aku rasa jalan cerita die baguslah. Kira2 nak perkenalkan tradisi orang-orang melayu kat orang lain. Hello derr korang pun macam tau banyak pasal tradisi kita. Yep mungkin kita tahu tapi kadang-kadang kita lupa so y not cerita kartun ni cuba ingatkan kita pasal tradisi kita kan. Alang2 kepalang leh wat revision sikit nak up kan kelas aku nih. Wahaha da sudah tak guna lagi da kelas2 ni ha. Hahahah !!!!

Cerita ni pun banyak pentingkan hubungna kekeluargaan. For Lat is how does he want to show others bila kita ada masalah macam mana pun if our family is there by your side it doesnt matter pun. And yang pentingnya keluarga akan terima kita seada-nya. Lebih kurang macam tu la cite nye. Cerita ni pun banyak tunjukkan macam mana budak kampung punya life. Hahah apa yang dieorang main kat kampung. Wesss best woo tengok air terjun la main lastik2 la. Kalau kat bandar ni budak2 mana reti da nak main lastik2 bagai ni ha. Tahu men tekan butang2 playstation je. Wehuuu------
So pada mereka yang merasa diri tu sama kerepot macam aku tak salah pun kalau korang minat tengok cerita ala2 budak2 kan. Sebab mesti ada reason y korang suka sangat tengok cerita tuh. Mana lah tau kan ada kisah2 silam korang dengan ehem2 ke kan. Eheeee. ..Tapi kasi kaber2 sikit la baii. Jangan la tengok depan budak2 dan2 ko pun kasi gelak bahak2 depan budak2 tu. Adoii kasi pride sikit derr. Kalau depan gulpren tak pun boypren ok je. Nampak so cute je korang ngedate tengok cerita kartun. Alolo comey-nyee. 
*** Daaaa ***


p/s: Selamat berkonvo pada rakan2 yang berkonvo pada hari ni okeh. Yezza sila alihkan bulu mortar anda dengan bangga-nya. Walaahhhh !!!!!!


14.3.11

Review Event : Proton City

Assalamualaikum !!

Yehaa musim cuti sudah bermula. Idok la cuti lame bebenor tapi seminggu je yeop. Ehee seminggu pun sgt lah bermakna bagi haku. Ohooo sebelum cuti hari tu budak2 sekolah aku ni ada la masuk acara olahraga peringkat daerah kan. Woow don’t judge a book by its cover okey.. Memang terbaik dari ladang la gua cakap sama lu brader. 4 hari aku berkampung kat situ dengan cikgu2 lain. Nasib la menang keseluruhan. Idok ler rasa rugi sangat sebab kami menang okey. Hahahaha aku nak gelak besar. Alkesahnye aku pun leh sesat barat nak g ke Proton City tu. Yelah kat stadium tula aku nak ngantar budak2 ni ha. Ahaa aku dengan bangga-nya boleh sesat salah masuk highway. Yeah aku tahu aku sangat la org yang suka berkhayal. Ohhh ape lagi aku pun pecut la. Siap perut aku pun nak kecut sekali. Adoiii seram sejuk da badan aku. Yela aku bawak para2 atlit ni ha. Naya la kalau sampai lambat. Waduhhh !!!!! nasib aku sempat sampai dengan selamatnya. Hahah budak2 dalam kereta aku tu agak2 nye pun same da rambut tegak cam aku sebab kelajuan yang melampau di jalan raya. Ouh tidak bagus sebenarnya tu. Sila ambil perhatian: tu semua nyawa orang okey. Okai mari kita sambung. Giles hebat kot sekolah aku ni. Gamaknya kalau aku pun lumba lari dengan mereka2 tu aku da pancit awal2 da.. Bukan ape, kesian kat budak2 tu nak lumba lari dengan orang besar cam aku. Ehee mana larat dieorang nak ngejarnya. **Ahaksss !!!! sila la alert penipuan yang sedang aku buat tu. Hahahah !!!!!


Pic 1: Para2 atlet SK Btu 14  TIDAK termasuk cikgu si kasut merah. hahaha !!!




6.3.11

Mode:Dress-up macam Mak Datin

Assalamualaikum !!!

Hari ni macam teringin plak nak tengok2 gambar2 yg lama tak la lama sangat tapi kira cerita da lapuk. Ahaa tapi aku nak gak memaparkan beberapa insan yang sangat lawa dan cantik seperti kejap lagi. Hoyeaahh bawak bersabar rakan2 lelaki ohooo kalau la ada yang membaca ni kaum lelaki kan. Yang ladies rilex derr anda tetap cantik dan ayu okeh. Walaaahh !!!!

Gamba2 sume ni masa last diner kiteorang. Ahaa grand tak grand la kan. Tapi yang ponting eah molotup (meletup) sumo ( semua) eah. So well done la pada mereka2 yg terlibat termasuk tuan punya belog ni. Mahahah !!!!! walaupun baju aku yang aku bajet2 hot tu ( tapi xhot pun ) wat hal saat akhir kan tapi nasib baik ada housemate yang sangat baik untuk meng-adjust baju aku tuh. Lagi sorang housemate aku plak duk sibuk bagi semangat kat aku suh sabar2, ape tu bagi ketenangan la nih. Yela aku tengah meroyan woo dengan baju tu. Esok nak pakai. Haaaa guane tuh??? Hahah house mate aku tu nama dia miza. Die cun woo. Sat naa. Sabar2. Jap lagi aku kasi kenal la org2 tu. Huh sampai sekarang tak nak tengok da baju tu. Merajuk hati aku. Terima kasih linda dan miza. Ehee sapa linda tu? Sat g hampa tengok naa sapa dia. Santekk woo kawan2 gua ni. Gua je tumpang glamour kat beliau2. Hahah !!!!

Ahaa malam diner cam tu mesti la ada ratu nye kan. Dah semua nya macam datin2 kan. Haruslah ada pemenang kan. Walawey der..memang gua yang cadangkan dia menang malam tuh. Meletop kebabooomm !!!! hahah comey. Laen dari yang lain. Dan2 aku pun jadi hakim yang tak berapa nak bertauliah okeh malam tu. Ikut kan ati biar aku je yang jadi ratu tapi oleh kerana takut ngn pakcik BPR aku relakan je la. Yela mana taknye, mana boleh hakim pertandingan menang pertandingan. Adooooyaiii !!!! giles kuasa la plak.

So mari la kite melihat gambar2 plak. Penat aku menekan petak2 4 segi hitam ni da. Hahah !!!

Ala2 Grammy Awards gitu !!!


Cantikkan mereka2 :(

Okeh tak leh di sangkal lg yg tengah tu lg howt bebeh !!!! haaha

Haaa tu die Miza dan Linda.Miza paling kiri linda paling kanan.Gojes weh semua nyee


Ha tu dia !!!! Queen and Prince Charming kite. Walahh hot meletop kann !!!

*** Oke la der... daaaa ***

4.3.11

Terbeban ke ataupun di beban kan

Assalamualaikum !!!

Afuuuhhh !!!!! tersangat lah sudah berhabuk okeh di sini. Konon sangat sibuklah tu tapi senanya penyakit M sudah melanda diri ku untuk menaip karangan tahun 6 di sini. Ape tu penyakit M rakan-rakan? Yezza penyakit MALAS. Mahahaha !!!!

Ahaa da alang2 kepalang aku tengah rajinkan aku nak syer sesuatu la. Wopss baru teringat ade cakap nak kasi link tuk lagu2 indo tu kan. But then tu kat entry lain la agknya. Sebab line agak lambat sikit okeh di penempatan baru aku ni. Jadinya aku kena tunggu masa yang sesuai tuk kasi link2 tu la. Ahaaa =p

Baru2 ni ada baca 1 berita kat surat khabar kan. Oke aku bukan nak kondem mana2 pihak atau pun nak menangkan mana2 pihak, Cuma aku nak luah kan pendapat beta yang sgt la mungkin tak berapa nak bernas ataupun terlalu mengikut emosi yang sgt sensitif di sini ye.

Aku tak bercakap untuk mana2 pihak oke cuma pandangan aku dari orang biasa je. Okeh mari la tekan2 kat link sini. Aku tau punye ada je yang terlepas kot baca artikel tu. Haha da alang2 tu korang leh la check artikel yang lain kan tuk seminggu tu. Sebab aku pun macam tuh. Wahaha !!! sila lah gelak tuk diri aku ni.

 
Oke da baca kan. Ape pendapat rakan2? Ahaa aku tau ada jugak yang setuju dengan artikel tu dan ada jugak yang xberapa nak setuju kan. Tapi aku macam kurang setuju sikit. Tapi ada jugak yang aku setuju. Aku cuma akan setuju kalau masa kerja yang di panjangkan tu adalah untuk menghabiskan kerja2 ofis yang tertangguh. Wawawes cikgu mana ada pembantu murid. Oleh dengan itu, semua kerja memang cikgu la kene buat sume koje. Ehe jangan nak mengomel sangat cakap keje kat sekolah tu bukan nya banyak. Oke mungkin tak banyak tapi cuma banyak keje yang perlukan pemfokusan dan ketelitian. Korang2 da dewasa so boleh la fikir sendiri secara mendalam ye rakan2. Tak mau la cite lanjut.

Pada aku kenapa nak sambungkan kelas sampai ke petang dengan alasan mengelakkan gejala sosial. Nak elakkan gejala sosial aku setuju tapi kena ingat la cikgu pun manusia biasa der. Bukan superhero ke superwoman kan kan. Cikgu2 kat sekola tu bukannya baby-sitter pun tuk baby yang da besar panjang. So mana perginya tangggungjawab mak ayah pulak? Kalau kita tengok kat luar negara, sekolah2 memang ada yang sampai petang. Tapi cuba tengok standard dieorang. Macam mane? Teacher2 dieorang tu memang grand la. Cikgu siap ada assistant lagi. Memang aku pun suka la tengok sekolah2 kat sana.

Pada aku kalau nak gubal sesuatu sila la tengok dari banyak sudut. Jangan nak main melulu. Takut nanti cuma hangat taik ayamas je okeh. Adoiii !!!! gelis akuu !!!

Oke la… sila untuk berhenti membaca !!!! hoyeaaahhh !!!!