Asslamualaikum !!!
Ape jadah da semua orang duk sibuk-sibuk nak cakap pasal AUKU kan. Oh apekah AUKU ? Pada yang agak-agak kabur teruskan pembacaan anda di sini ok. APA ITU AUKU? Kay selepas baca bende alah AUKU ni aku rasa apa yang dah terjadi sekarang langsung tidak menggambarkan kematangan MAHASISWA/MAHASISIWI.
So umum dah tahu kan yang golongan-golongan yang mengaku mereka-mereka ni wakil suara MAHASISIWA/MAHASISWI seluruh MALAYSIA menuntut untuk memansuhkan AUKU tapi bukan meminda AUKU. Kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, memansuhkan maksudnya menjadikan sesuatu tidak berlaku lagi; membatalkan. And bagi meminda pulak maksudnya membetulkan sesuatu kesalahan;membaiki;mengubah. Ada beza kan dua perkataan tu.
Sekarang ni golongan-golongan tertentu ni duk sibuk melaungkan kalimah memansuhkan. Hei kamu kan orang bijak pandai. If korang dah tahu isi kandungan AUKU tu dengan lebih mendalam dari aku yang Cuma baca taklah mendalami mesti korang lagi tahu.Isi kandungan AUKU tu termaktub sekali kuasa NAIB CANSELOR. If lah di mansuhkan AUKU ni. So ape jadah nya korang g belajar kat U tu. Siapa yang akan pantau perlakuan sumbang kalian? Adakah kalian sendiri yang memang sudah cukup banyak akal fikiran tu.
Okay mungkin ada antara mereka yang hendakkan kebebasan bersuara dalam kampus. Yelah korang kan lagi pandai bab yang berkaitan undang-undang . Tapi tak ada salah pun kalau korang menyertai mana-mana persatuan tapi orang cakap pandai makan pandai simpan la. Ramai je sekarang warga-warga U tu masuk sana sini tapi tak de pun di kenakan apa-apa tindakan tatatertib. Yang penting korang kena jaga jugak batas bebas bersuara korang tu. Lagipun dengan apa yang dah jadi sekarang ni pun korang dah melanggar AUKU tu sendiri dan dengan selamba je NAIB CANSELOR korang leh kenakan tindakan tatatertib dan terus menggantungkan pengajian korang andaikata kes haram jadah ni di bawa ke tengah mungkin sebab menimbulkan kekecohan atau apalah yang seangkatan dengan nya. Yess aku memang tak pandai bab undang-undang ni.
Huh tak fikir ke perasaan mak ayah yang sanggup bergolok gadai nak kasi korang bijak pandai. Tak boleh ke korang duduk diam-diam dalam kampus tu study elok-elok kasi up kan pointer yang sekadar cukup-cukup makan je dari duk melalak sana sini konon nak hak korang. So, apa benefit lah yang kaum-kaum ini dapat. Aku tengok sekarang pun tak ada pun pihak yang nak melayan karenah korang yang macam budak tak sekolah tu. Buat demonstrasi jalanan, mengganggu ketenteraman awam, mengganggu perjalanan bisnes orang lain. Apa faedah semua tu? Dan yang paling menyirap aku tengok bila yang involve benda-benda ni adalah mereka-mereka yang sepatutnya membimbing pelajar ISLAM dalam kampus tu supaya tidak terjebak dengan perkara maksiat. Tapi apa yang korang lakukan? Buat propa sana sini, menghancurkan keamanan yang memang ada. Semua tu ikut syariat ISLAM yang sebenar ke? ISLAM tu menyuruh umatnya bergaduh sana sini ke? ISLAM menggalakkan umatnya membuat kacau bilau ke? Please correct me if I am wrong.
So kena lah ingat, apa pun yang nak di buat, tolonglah fikir kesan dan akibat. Bukannya kesan pada diri sendiri tapi pada orang yang sekeliling korang. Yelah kita hidup ni ada mak bapak, pakcik makcik, sedara mara. Semua tu kena jaga. Bila dah kena ugutan baru nak gegar. SEKIAN.
No comments:
Post a Comment